CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 17, 2009

Pasangan Cute



APAKAH KOMEN ANDA TENTANG PASANGAN CUTE NIH?????hehehehe
Inilah satu2nye pasangan yang telah di takdirkan utk berjupe dan berkongsi kasih syg bersama2 sejak dari baby lagi....hahahahaha...
tapi cube korang tengok budak pompuan yg kat sebalah bdk lelaki yang kiut tuee...xpdn ngn kecik bukan main lagi die pnye posing...kecik2 lagi da pandai pose..hehehe...tp kalo korg nak tau smpi besa pon die pose macm tu gak kalo tngkp gmbr xbrubah lngsng agknye da mmg style die mcm tu kot...hahahaha...bley x?
tapi kalo di pikirkan balik senok jd baby ni..xde mslh lngsng..dalar tu di sayangi ramai plak..hehehe...mcm aku la dulu mnjd rebutan di setiap owg2 tue...hahahaha...almklum la budak kiut kate kan....hehehehe..
wokey la kawan2 da x tau nk ckp ape lg nie...da jem lak pale otak....
hehehehe
c you againt...bubye...
Jgn lupe bg komen dgn gombor kiut kat ats tuuu....
xkesah la korang nk tls ape...hehehe
Nak ckp bdk laki tu lg kiut dr bdk pompan tu ke...ape ke...
terpulang laa...hehehe...
ok gua chow dlu geng...hahahaha

Saturday, January 10, 2009

Petua Menyuburkan Cinta


SAYA cinta kamu” atau ‘I love you’, tiga perkataan ringkas tetapi sarat dengan makna yang mendalam. Hanya perlu diungkapkan dan ia membuatkan hati seseorang melayang sebaik mendengar ungkapan keramat itu. Bagi pasangan yang baru bercinta, pasti terbayang betapa indahnya alam yang bakal ditempuh sekiranya cinta itu tiada penghalang. Mereka yang sudah melalui detik indah seperti bertunang mahupun menuju ke gerbang perkahwinan, tidak bermakna cinta itu harus dibiar begitu saja tanpa membajanya.Demi menzahirkan cinta yang sedia intim itu, perkukuhkan lagi benihnya supaya ia terus segar dan bercambah tanpa sebarang halangan. Ertinya, jangan biarkan cinta itu semakin lama semakin pudar, sebaliknya biarkan ia terus membara dan hangat selamanya.




Pelbagai cara boleh digunakan untuk meluahkan rasa cinta. Apabila cara luahan itu dilakukan dengan lebih kreatif, sudah tentu detik itu menjadi saat paling bermakna buat si dia




  • Iklan di akhbar. Cinta itu sememangnya mengasyikkan sehingga terbawa-bawa bersama ombak asmara. Cinta boleh menjadikan pasangan kurang siuman bahkan cinta juga mengajar pasangan erti kewarasan. Demi membuktikan kesetiaan cinta pada pasangan, lakukan sesuatu yang tidak diduga dengan cara memasukkan iklan menerusi akhbar yang sering dibaca bersama puisi cinta anda padanya.


  • Bukukan cinta. Catatkan kisah perjalanan cinta anda berdua dalam sebuah buku. Kirimkan novel itu pada hari paling bahagia untuk anda berdua. Contohnya, pada ulang tahun hari lahir atau ulang tahun percintaan.


  • Pesanan cinta. Rakamkan beberapa baris pesanan cinta anda padanya atau nyanyikan lagu kegemaran anda berdua, lalu kirimkan padanya. Lebih canggih, tinggalkan pesanan cinta menerusi khidmat pesanan suara, MP3 atau panggilan secara rakaman video untuk mengungkapkan rasa cinta padanya.


  • Koleksi sistem pesanan ringkas (SMS). Kumpul semua SMS atau e-mel cinta yang diterima daripadanya dan tuliskan dalam sebuah buku. Kemudian, kirimkan buku itu padanya. Letakkan tarikh kiriman serta masa penghantaran SMS atau e-mel yang dikirim itu. Cara ini membuktikan anda menghargai setiap apa yang diucapkannya.


  • Menyusun silang kata atau mainan huruf. Kirimkan permainan huruf yang bertulis 'Saya cinta kamu’ atau ‘I love you’ menerusi SMS. Hantarkan satu persatu perkataan supaya si dia tidak sabar menanti setiap huruf yang anda kirimkan padanya.


  • Cinta dalam 100 bahasa. Belajar menyatakan ungkapan ‘saya cinta kamu’ dalam 100 bahasa dan kirimkan kepadanya setiap hari.


  • Kirimkan hidangan tengah hari. Ketika mengirimkan hidangan kesukaannya, jangan lupa sematkan ucapan ‘saya cinta kamu’ di atas kotak makanan itu. Menghantar mesej cinta pada sebiji buah-buahan juga memberi makna tersurat kepadanya sehingga kejutan itu membuat diri pasangan rasa hebat.Apabila hubungan semakin erat terjalin, beberapa kriteria yang lain harus diambil kira. Ia penting bagi menentukan usia perhubungan berterusan dalam jangka waktu yang lama atau ke akhir hayat. Untuk memupuk rasa cinta berterusan, ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan, antaranya:




  1. Rahsia sepasang kekasih memiliki usia hubungan yang panjang adalah sikap saling bekerjasama. Anda dan dia sering saling membantu dalam urusan remeh atau besar.


  2. Sering menempuh segala aspek kehidupan bersama-sama sehingga semuanya terasa amat


  3. menyenangkan meskipun tanpa membabitkan orang lain. Adakah ia berlaku pada diri anda?


  4. Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidak dirinya adalah dia bersahaja di depan anda.


  5. Deria batiniah seolah-olah dapat dibaca oleh si dia apabila anda atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan antara satu sama lain.
    Bersama dirinya membuatkan perasaan menjadi tenang, selesa dan tanpa rasa tekanan yang membebankan.


  6. Dia menjadi orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala anda dirundung musibah.

Cinta ubat, Racun jiwa




RASA cinta kepada seseorang adalah anugerah paling indah daripada pencipta makhluk seluruh isi alam ini.Pernahkah anda merasakan terlalu menyintai seseorang sehingga terasa indahnya kehidupan ini?Dalam percintaan, tiada sempadan untuk menikmati perasaan itu. Baik cinta terhadap keluarga, terhadap kekasih atau Allah, ia pasti menuntut pengorbanan.Barangkali ada insan yang tidak pernah jatuh cinta dan tidak menikmati nikmat indah di sebalik sebuah kata cinta.....


Bagi yang tidak faham apa makna cinta, berikut persoalan dan kenyataan yang mampu menjawab segalanya



  • Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan tetapi derita di perasaan.

  • Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tetapi apabila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

  • Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.
    Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pasti sembuh selagi iman terselit di dada.

  • Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan tujuh warna memukau saat bayu berlagu riang, ketika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorang yang bakal mewarnai hidupnya.

  • Cinta bukan paksaan. Ia lahir daripada dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

  • Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

  • Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

  • Apakah cinta itu? Cuba katakan... Tidak lain dan tidak bukan ialah dua jiwa dalam satu fikiran dan dua hati dalam satu debaran.

  • Cetusan cinta pertama adalah suatu getaran yang sangat menggoncangkan jiwa.

  • Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, pada saat kita sedang kehilangannya. Kadang kala kita menyedari betapa perlunya cinta seseorang pada saat kita amat memerlukannya.

  • Cinta yang lahir daripada pandang pertama adalah cinta suci manakala perasaan cinta yang lahir daripada kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun, sukar membezakan yang mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.

Friday, January 9, 2009

ZIONIS TAK BERHATI PERUT


PENDUDUK Palestin memindahkan 13 mayat satu keluarga untuk dikebumikan selepas mereka menjadi mangsa serangan Israel di daerah Zeitun.

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) semalam menuduh Israel gagal membantu mangsa yang cedera di sebuah kawasan di Gaza apabila menemui empat kanak-kanak terlalu lemah untuk berdiri dan terbaring di sebelah mayat ibu mereka. ICRC dalam satu kenyataan berkata, kakitangannya dan pekerja Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin kelmarin menemui 12 mayat dan sekurang-kurangnya 19 orang yang masih hidup termasuk beberapa mangsa cedera dan empat kanak-kanak, dalam rumah yang musnah dalam serangan di Zeitun, kira-kira 80 meter dari kedudukan tentera Israel.
Anggota tentera mengarahkan pekerja penyelamat meninggalkan kawasan itu tetapi mereka enggan, menurut kenyataan. "ICRC percaya tentera Israel gagal memenuhi syarat undang-undang kemanusiaan antarabangsa untuk menjaga dan memindahkan mangsa cedera," menurut kenyataan langsung luar biasa sambil menambah kelewatan dalam membenarkan pasukan penyelamat masuk ke kawasan itu 'tidak boleh diterima.' Katanya, permintaan untuk memastikan perjalanan selamat bagi ambulans ke Zeitun yang dikemukakan pada 3 Januari lalu cuma diberi kelmarin.

Wednesday, January 7, 2009

Kungfu Pandaaaaaaa


aloooo dude...kalo korang nak tau!!!!
ini lah salah satu muvie yang paling aku suke sekali nak layan...
kenapa aku suke????cuba teka!!!!!
hehehe mcm poyo la plak kalo ak nk so korang teka...xpe lah xperlu la korang fenin2 utk memkirkannye....
tapi ape yang aku nak ialah korang menghayati segala nilai2 murni yang ade pd cite nie...
bukan sekadar melihat dan melepaskan gelak terbahak2 sampai terburai isi perut...hehehe
tapi cube korang tgk pd sipanda yg bleh di katekan cute la wlupn perutnye jauh kdpn dan berbdn bsr spt tong dram tp haiwan yg di sngke kan jinak ni bleh mngalahkan harimau...
mengarut btollll.....

Tuesday, January 6, 2009

LauNchiNg SooN....






Lihat lah jenis2 kerete yang lbh "trendly" spt yg di atas ni... sgt sesuai utk kegunaan penduduk2 kota yg penoh dgn kesesakkan pd setiap waktu2 kemuncak..jd ak mencadangkan korang2 yang rase2 dirinya berada di kawasan bndar menggunakan kerete spt diatas dgn saiz nye yg lbh kcl dan senang utk menyelit ketika menempoh saat2 jem...hehehehe walupon ak sendiri hnye mngguna kan kerete keluaran malaysia bkn xnk pki mcm yg kat atas tp poket ku x mengizinkan hehehehe...

Adakah ak berciri Dr.luv....

Aku adalah cancun a.k.a Dr.cinta....walupon ak xbp macho tp ade terselit sedikit kehenseman di wajah aku...hahahahaha....kalo nak kate pndi sgt tntg cnte ni xde la pndi mn pon bese2 je tp ak suke utk menolong org yg bermasalah dlm cnte nie...so rjn2 la korang lawat page ak ni insyaallah akn ak pnh kan dgn pelbagai tips tntg cnte...pegang la pd kta2 ak ni..."CINTA IBARAT SPT KITA MELAYAN KOKAIN YG MAMPU MEMBUATKAN KTE MENJADI KETAGIH TERHADAPNYE DI KALA KITA MERINDUI SESEORANG YANG AMAT DI SAYANGI....."