CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 9, 2009

ZIONIS TAK BERHATI PERUT


PENDUDUK Palestin memindahkan 13 mayat satu keluarga untuk dikebumikan selepas mereka menjadi mangsa serangan Israel di daerah Zeitun.

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) semalam menuduh Israel gagal membantu mangsa yang cedera di sebuah kawasan di Gaza apabila menemui empat kanak-kanak terlalu lemah untuk berdiri dan terbaring di sebelah mayat ibu mereka. ICRC dalam satu kenyataan berkata, kakitangannya dan pekerja Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin kelmarin menemui 12 mayat dan sekurang-kurangnya 19 orang yang masih hidup termasuk beberapa mangsa cedera dan empat kanak-kanak, dalam rumah yang musnah dalam serangan di Zeitun, kira-kira 80 meter dari kedudukan tentera Israel.
Anggota tentera mengarahkan pekerja penyelamat meninggalkan kawasan itu tetapi mereka enggan, menurut kenyataan. "ICRC percaya tentera Israel gagal memenuhi syarat undang-undang kemanusiaan antarabangsa untuk menjaga dan memindahkan mangsa cedera," menurut kenyataan langsung luar biasa sambil menambah kelewatan dalam membenarkan pasukan penyelamat masuk ke kawasan itu 'tidak boleh diterima.' Katanya, permintaan untuk memastikan perjalanan selamat bagi ambulans ke Zeitun yang dikemukakan pada 3 Januari lalu cuma diberi kelmarin.

0 comments: